Monday, February 21, 2011

Faceblog yg pinky!

salam semua!!!

Apa ke bendenya faceblog ni?
ok then, jom baca yg kat bawah ni!





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


Nak join....KLIK sini!

From Najwa Latif.erk!sape tu?

Hai korang!
Hari ni Cik Melo nak tunjukkan satu video from Najwa Latif.
Najwa ni kira dari youtube la, dia promote suara dia kat sana.
Suara dia?hmmm, okaylah kot.
banyak yang view video dia juga.
so korang?apa tunggu lagi.
Tgok ar!
btw, dia nyanyi kat dalam keta.
entah apa motif dia, mungkin nak cuba satu kelainan yg berbeza kot.
apa pun best of luck ye..






Friday, February 18, 2011

1st time ikut contest...

Salam semua...
Hari ni Cik Melo nak join satu contest.Walaupun
Cik Melo tak kena tag.
Cuma Cik Melo teringatkan arwah bapa cik melo time tgok contest ni..
this contest from blog SEDAR


~MY HERO~



"Sebab dia jarang marah kat kitorang.."

tag dekat :
~fathiah
~anis
~Ayus


okay, thats it.klu korang nak join, klik SEDAR.


Heartbeat....bukan 2PM ye...

salam buat korang...

~sebelum tu, sila klik banner heartbeat Cik Melo yg kat atas tu ye..

Thanks anyway!!!

Ok lah, sebenarnya Heartbeat ni bukan lagu 2PM artis korea tu
tapi ni benda lain..
boleh bagi income kat korang....

berita baiknya lagi, heartbeat ni tak menjejaskan status Glitterati korang
kat nuffnang tu..

So, apa lagi?join lah Heartbeat ni..


Ni caranya....
1) ur guys try to click sy punya banner heart beat kat ats tu~~ok~
Kemudian click dkt logo HEART BEAT~

2) Create Account 4 guys n isikan semua details yang diperlukan..~

3) Cuba Create Password utk Acount u all..~Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue~

4)Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas~

5) Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas) then isi kesemua maklumat yang diperlukan~


6) Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)~~
7) Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...then klik continue~
8) Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat~~
9)Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)~~

10)Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
(seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)

AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG ANDA~~
STEP BY STEP K
And Last paste kat gadget masing2!!!!....

Finish~~~

please click again...muahahaha


nak tag dekat :
~Anis
~Najiba
~Ayus
~Rihan

n sesiapa je....

Wednesday, February 16, 2011

pLayful kiSs...buat cik meLo tersenyum sendiri

PLAYFUL KISS/MISCHIEVOUS KISS




cik Melo baru je habis tengok PLAYFUL KISS drama dari korea.
hikhikhik, drama ni memang buat cik meLo tersenyum sendiri2 depan komputer.
Lucu amat, cool sangat...




cik melo belumlah habis tengok semua episod, just sampai episod 10 je
kiut sangat cite ni....

Boong joon gu and the gang..
lagu dorang kat ending best.
sempoi gitu..

~lalalalalalal.....lala~



main character...he's so cool..
the perfect one.
Kim Hyun Jong as Baek Seung Jo




so romantic!!!wish like that...
Oh Ha Ni dan Baek Seung Jo

cite ni ada versi lain g tapi cik Melo prefer more korean version..

~itazura no Kiss ( jepun )

~It started with a Kiss (Taiwan)

nak tengok tak drama ni...
tengok kat sini..
.
playful kiss - http://www.epdrama.com/






Tuesday, February 15, 2011

Maulid Nabi...


Assalamualaikum semua..
Sebelum itu marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

..............................................

Hari ini Cik Melo sesaje nak berkongsi mengenai Maulid Nabi.

...................................................

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, February 14, 2011

shawl...shawl..


salam sesuci ukhwah buat readers...
hari ni Cik Melo nak bercakap tentang shawl.

Cik Melo ni agak ketinggalan sedikit mengenai fesyen-fesyen tudung zaman sekarang ni,
that why baru tergerak hati Cik Melo nak buat entri pasal Shawl ni.
Cik Melo bukannya apa, Cik Melo cuma tetiba je terminat ngan benda ni.
tapi Cik Melo tak nak lah tudung yang menampakkan dada sebenarnya.




i like blue colour yg kat atas tu..nice kan....

ok then..!itu sahaja untuk entri kali ini...



Sunday, February 13, 2011

Siti....Hiburan dan Inspirasi

Hai2 semua...
semalam cik melo berkesempatan menonton Rancangan temu bual Siti yang dihoskan oleh tuan punya badan bersiaran di chanel astro Ria.pasti semua tahukan!Oh ya, mulai saat ini cik Melo akan bahasakan diri cik sebagai Cik Melo ye..

Ok lah, berbalik kepada cerita.Cik Melo rasakan rancangan ni bolehlah.Tapi mungkin disebabkan Siti first time mengacara sesebuah rancangan, so rasa kegugupan itu masih terasa.terasa hambar sedikit!apa pun Siti masih boleh perbaikinya serba sedikit.ok lah tu dari tiada apa-apa kan.Mungkin juga rancangan ni diinspirasikan dari rancangan Oprah Winfrey kot!!!

Suara Siti pun masih yang da best.hehehe, tak sabar nak tengok perkembangan rancangan yang di hoskan oleh Siti ni.
Tetamu Siti pun bukan calang-calang orang...


perkara kedua.::.

Hari ni bday kawan Cik Melo, so cik melo ambil kesempatan ni nak ucap Happy Bday kat Nor Nasha Farina Rahim yang ke-18.hehehe, dah tua pun kau...!


daaa...


Wednesday, February 9, 2011

Surut!!

Assalammulaikum sume!!!

Hari ni banjir dah surut.Yey!boleh hidup tenang!tapi masalahnya, kitorang akan berpenat lelah membersihkan bahagian bawah rumah.Nasib baik banjir tu air hujan, klu air dari Sungai Padas lagilah susah nk dibersihkn.

Malas nak cakap panjang2, klu ada mse sy akn update blog ni lg.

Bye2 korang!

Monday, February 7, 2011

Masih mencari .::.



apa khabar blogku?hehe, lama tak update entri baru.Mianhae!Lately, banyak perkara yang berlaku tapi tapi tak bermakna lupa terus ngan blog ni, cuma saya rasa banyak kekurangan dalam blog ini.Apa pun, saya masih mencuba untuk membaiki kawan saya yang tersayang ini...hahahah, cantek!

bukan kekurangan masa cuma broadband ni yang bikin masalah.Kadang-kadang macam nak buang je!Opss, tak boleh!broadband ni bukan milik saya..

okeylah, straight to the point!kelmarin, my sis balik.but bukan balik kat rumah.my sis Anis, dah balik kat kl lepas habis cuti Tahun Baru Cina.And the other sis, Najiba dah balik ke Kem Tanaki.Berjuang untuk PLKN, huh hwaiting!!!

tadi pagi punya cerita.::.
disebabkan hujan yang non-stop.rumah saya kena banjir coz rumah dekat ngan sungai.sebelah je.kitorang satu family packing barang bawa naik atas.awal pagi.subuh.
sejuknya bukan kemain lagi.menggigil beb..air hujan.muahaha.........

lepas ni saya akan lebih busy lagi...

chop..chop..kalau diizinkan saya akan update blog serajin yang boleh..itupun kalau tak ada aral melintang...

Wish u all da best ya!!n_n


one click for a moment..