Saturday, January 28, 2012

holiday time





kemarin, wuuu penutup holiday CNY ni kitorang pergi fishing.Sebenarnya, tujuan nak ikut tu lebih kepada nak photoshoot lah konon tapi terbahagi kepada 2 aktiviti, fishing dan juga camwhore.Payung segala nak bawa konon-konon nak photoshoot kat tepi pantai main-main pasir tapi cancelled.

But, takpelah kitorang just on je camwhore dekat jeti.Tak dapat kat pantai kat jeti pun jadi lah.Kitorang pergi dalam jam 11 pagi gitu dan tak ramai orang pun.Boleh je nak teriak-teriak lepas tension macam kat TV tu.Nak lari-lari kat sepanjang pantai.Ombak pun macam kuat je tapi tak dapat nak ambil gambar.

Malahan, kitorang juga dengan semangatnya membawa 2 bijik laptop kononnya nak online dekat jeti.Korang ada tak?Penat memancing, on je laptop.sepanjang jambatan menuju ke jeti, ada juga part yang dah rosak.Bikin takut je nak lalu.dan kat jeti pula, tiangnya yang kat bawah tu dah terbuka.4 tiang wei, goyang betul tu jeti.Menakutkan.Ada je bunyi 'krek' tiap kali ada ombak.

let  the  pictures  tell  the  story.


jambatan yang dah hampir roboh

















we got ikan pari






sorry, itu watermark my twins.
































Wednesday, January 25, 2012

seni konseptual


siapa tahu apa itu seni konseptual?ok lah, sebagai pengenalan jom baca yang kat bawah ni.


'In conceptual art the idea or concept is the most important aspect of the work. When an artist uses a conceptual form of art, it means that all of the planning and decisions are made beforehand and the execution is a perfunctory affair. The idea becomes a machine that makes the art.'

-Sol Lewitt-

sebenarnya aku sedang mencari-cari maklumat mengenai seni konseptual tapi maklumatnya amat sedikit yang dijumpai dalam bahasa Melayu.I guess, kalau aku buat dalam BI opcoslah some of them ada yang tak faham.Nak kena bentangkan lagi.
Dan, kebetulan aku jumpa ni..





nampak tak?nampak tak?

kebetulan ni,Balai seni Visual Negara tengah mengadakan pameran tentang Seni Konseptual.ohlamak!!!Nak pergi!I wish i could go.tapi mengenangkan tempatnya yang jauh amat alahai melepaslah.Kan bagus kalau pameran ni kena buat kat Sabah.Atleast faham juga.Nak cari kat internet opcoslah senang tapi manalah tau maklumat yang dicari tu salah.Kang nak kena bentang, orang lain dapat maklumat salah lah pulak.






Friday, January 13, 2012

Twins alike but not alike

hai peeps!!






malam ni, tengah-tengah godek front page yahoo, saya nampal artikel yang menarik.Artikel yang lebih kepada fotografilah.Gambar-gambar ni diambil oleh seorang photographer bernama Martin Schoeller dan disiarkan dalam majalah National Geographic edisi Januari 2012.ianya tentang kembar!Walaupun mempunyai DNA yang sama namun masih terdapat perbezaan kecil yang dapat dilihat.Twins alike but not alike.it's true indeed since i'm twins too.Did you know that??

Mungkin, saya tak pernah beritahu secara langsung sebab saya selalunya menggunakan perkataan 'my sister' dari 'my twins'!Ya, mungkin kembar itu sama tapi tak serupa.Malas nak taip entri panjang-panjang, so enjoy the pictures!!










last but not least,

itulah dia.

nota kaki : gambar terakhir tidak termasuk dalam Majalah National Geographic ye!Harap maklum.kalau masuk, sah-sah dah femes.!hehe

Tuesday, January 10, 2012

jom bedah!!


assalamualaikum...
hari ini kita bersama dalam proses pembedahan arnab.yeeaaa!!!sebanyak 3 ekor arnab berwarna hitam telahpun selamat dibedah.



sebelum dibedah




us!!!tukang bedah..haha


takda isi nak taip entri.so, hanya entri bergambar sahaja.

Wednesday, January 4, 2012

welcome back



yea, welcome back to school!pakai baju kurung putih dan kain torqouise, jalan naik bukit dan tangga yang dah lebih sebulan ditinggalkan.hakikatnya aku masih bergelar pelajar sekolah dan masih memakai baju seragam sekolah.Perbezaannya cuma kitorang merupakan pelajar paling senior kat sekolah.hahaha.Hari persekolahan dimulakan dengan perhimpunan which is berserabai sedikit.
hah, apa aku nak cite sebenarnya ni.tak de idea dohhh.


anyway, sebab dah takde idea jadi entri ni pendek je.kbai!

Saturday, December 31, 2011

goodbye 2011


Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again...


yea, 2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.Dalam hanya masa beberapa jam kita akan menyambut tahun 2012.Lagu kat atas tu petikan dari lagu "3 Idiots" yang aku rasa sangat cool.Lagu tu ngam untuk bagi semangat kat korang sempena tahun baru ni.

Sesungguhnya, tahun 2011 ni banyak memberi kenangan.Antaranya, sudah tentulah ketika mengambil keputusan SPM.hahaha, no idea!


Tahun 2012 ni, aku masih sama kot.Masih di tempat yang sama.cuma mungkin umur sahaja yang meningkat.Dan sudah tentu cabaran juga semakin mencabar which is this year, we have to face with STPM.Struggle.Subjek yang paling aku risau setakat ini ialah Chemistry.Chemistry STPM tak macam SPM punya, ini lebih detail.Organic, Inorganic dan Physical.Apapun, aku berharap sangat yang kawan-kawan lain akan membantu terutamanya Chan.and i'm sure that she will help me.no.no.not just for me but for us.

Apa yang bakal kita lalui pada hari-hari mendatang, tempuhi sahaja dengan penuh semangat.Jangan jadikan kelemahan satu alasan yang sama sekali tidak munasabah.

p/s : Selamat Pengantin Baru buat sesiapa je yang kahwin hari ni.Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Selamat Hari Jadi buat sesiapa je yang lahir pada tarikh hari ini dan buat Darnah, "Selamat Hari Jadi yang ke-18"wish u all the best.





Saturday, December 24, 2011

oreo again









hallooo eberibadi!!!its about oreo cheese cake again.since my nephew request it more, so kitorang buat lagi.yummy.!!oreo cheese cake dah selamat dalam peti sejuk sekarang.Hanya menunggu waktu untuk dirasmikan.hehehe

kek yang kitorang buat petang tadi takde tambah fresh milk sebab takde beli.so, kitorang just on je lah.teruskan apa yang ada.whipping cream pula masih banyak berbaki.sayang tak guna within 3 days.cadang nak buat kek biasa dan letakkan whipping cream tu supaya cream tak membazir.But depends on situation lah.

senarai barang2;


butter



gula halus


gelatine yang dah dicampur air panas.


oreo : pisahkan creamnya


fresh milk , whipping cream
philadelphia cream cheese
gelatine

.
.
.
.
.
.
.

finally!!
oreo cheese cake

my nephew yang menikmati oreo cheese cake.



so basically, kita tak perlu bake kek ni.hanya simpan kat peti sejuk selama beberapa jam lebih kurang 4-5 jam ataupun semalamanlah better.tapi jangan letak kat tempat yang sejuk beku punya, nanti keras betullah pula kek tu.

Alhamdulillah, menjadi juga buat oreo cheese cake for the first time...


one click for a moment..