Hari ni sungguh memenatkan.Dahlah balik jam 3 petang tapi tak pe lah, dah biasa...Yup hari ni gilirin aku mengeluarkan duit.Apa aku nak buat dengan duit tu?Belanja sakan?Tidak, tidak dan tidak, sudah tentulah aku akan gunakan duit tu untuk kebaikan..Imaginasi aku nak beli buku rujukan dan latihan yang banyak.Bukan apa, aku nak cuba melatih diri ini membuat latihan.Aku tak mau mengaratkan otakku kerana kalau aku biarkan saja nanti jadi tumpul pula.
Arghh!!!Aku tak suka time Biologi dan Kimia.Otak ni macam tak boleh terima pelajaran.Bukan aku tak suka subjek tu tapi aku tak suka guru yang mengajar..Aku tak suka kalau guru praktikal yang mengajar sebab aku ada tanggapan sendiri terhadap dorang.
Aku tak suka sebab dorang 'acting' macam tak berpengalaman.Sorilah mulut ni jahat sikit mengata orang tapi itulah hakikatnya.Aku lebih suka kalau guru yang memang berpengalaman mengajar.Bagi aku dorang ni masih tak mantap sebab dorang tak pernah berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar.
Baru aku ingat hari ni hari jadi anak saudara aku.Sebenarnya kelmarin aku ingat tapi paginya aku lupa la pula.heheheheh.12 August 2009......
No comments:
Post a Comment
yes