Saturday, April 30, 2011

aku bukan aku

Assalamualaikum

aku rasa aku bukan macam dulu lagi tapi dalam dunia blogging le.Realiti tak lah juga, mungkin adalah juga sket2.Manusiakan?Mana mungkin tak berubah.hidup pun makin ke depan, kena tempuhi juga.suka tak suka, selagi kita masih hidup kita kena teruskan hidup ni jugakan.

Entri-entri baru yang aku buat sebelum ni langsung tak menggambarkan diri aku yang sebenar.Lihat sahaja entri sebelum ni, tahun 2009 dan juga 2010.semua tentang diri aku, keluarga, kawan dan apa sahaja yang aku suka.Mungkin masa tu, aku masih bersekolah, masih ada cerita menarik untuk dikongsikan, tak kisah follower banyak atau sikit, pasal nuffnang pun aku nda tau dan juga blogwalking ke blogger2 yang lain.Seriously, aku tak kisah sangat pasal tu that time.

Bahasa yang aku gunakan masa tu pun hentam keromo je.Yelah, siapalah nak baca blog aku masa tu.sekarang ni aku gunakan ayat yang mungkin mudah untuk difahami.(ceh, bajet mudah konon ).then, aku sorokkan kewujudan blog aku dari kawan-kawan yang lain sebab aku tak nak mereka baca blog aku.what the................................?Tak kisahlah.sekarang ni sibuk nak promote blog masing-masing.warghhhhhaaahaha, samalah macam aku ni.

Tiba-tiba, aku rasa nak guna ayat Sabah kat blog.nak lambangkan siapa aku, asal-usul mana.Macam perkataan 'nda', 'bah' ,ataupun yang seangkatan dengannya.tapi aku ni kadang-kadang, cakap je lebih tapi nak buat....HAREMMMMMM........tengoklah kalau aku rajin or teringat apa yang aku katakan ni.

Widget-widget blog aku dah buang ke parit tak lama dahulu.sebab aku faham tak de orang buka blog korang klu blog korang berat sangat.Adakan widget jam tu yang ada gambar kartoon tu, hah tu lah yang aku pi letak.kartun katak lagi tu.orang dah ada jam kat dekstop, buat apa nak letak jam lagikan.wah, masa tu aku betul-betul terpengaruh dengan segala benda widget.

Sekarang ni, aku dah tak kisah lagi tentang HEARTBEAT ataupun NUFFNANG.Kecewa derr tak dapat apa-apa ni.aku terlalu ikutkan nafsu masa tu.tengok orang banyak buat Nuff, aku pun joinlah sekaki.hahahahahahahah...ok, end of the word, aku tak tau nak merepek pasal apa lagi.takde kot orang nak baca blog aku ni.

p/s:dah lama aku tak buat entri panjang2.siap 6 perenggan lagi.otak dah berkarat sepanjang cuti, Alhamdulillah masih boleh mengarang BM.hahahahahahaha

p/s:klu sudi komen2 lah.joking je..........

1 comment:

  1. Salam..bila usia semakin meningkat, cara pemikiran juga makin berubah, selera menulis jadi lain...but, it's still you. So, just pen in you thoughts

    ReplyDelete

yes

one click for a moment..