Friday, April 29, 2011

Dana Pendidikan Karangkraf

Assalamualaikum w.b.t

Korang pasti dah tau kan tentang Dana Pendidikan Karangkraf ni.Tak tau?takpe, hari ni aku nak citer pasal biasiswa ni.Aku saja-saja nak cuba isi, yelah manatau tiba-tiba dapatkan.Ceh, perasan je lebih.Its okaylah sementara aku masih menunggu keputusan UPU ngan SPA8.Hai, terasa lama bebenor pula menunggu ni.

Best apa kalau dapat biasiswa ni, peluang pekerjaan mungkin dapat kat Karangkraf kot.Apapun, baca yang kat bawah ni.

* Pembiayaan yuran pengajian sepenuhnya? Peluang pekerjaan selepas tamat pengajian? Rebutlah peluang dan kelebihan yang diberikan bagi membantu meringankan beban yang dipikul.

Karangkraf bersedia membantu merealisasikan impian anda untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan juga Ijazah. Kami mengalu-alukan permohonan bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tnggi terpilih di bawah tajaan kami. Biasiswa Karangkraf ini akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakkan sahaja.

Kelayakkan Pemohon antaranya:

  • Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  • Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setara dengannya perlulah PNKG sekurang-kurangnya 3.0
  • Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  • Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.

Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih.

Kaedah Permohonan:

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui menu pilihan “Mohon Sekarang!” atau daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf (SDPK). Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah di hantar kepada:

Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Seksyen 15, Off Persiaran Selangor
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Nak mohon juga ke, OK sila KLIK SINI.

No comments:

Post a Comment

yes

one click for a moment..