Saturday, December 31, 2011

goodbye 2011


Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again...


yea, 2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.Dalam hanya masa beberapa jam kita akan menyambut tahun 2012.Lagu kat atas tu petikan dari lagu "3 Idiots" yang aku rasa sangat cool.Lagu tu ngam untuk bagi semangat kat korang sempena tahun baru ni.

Sesungguhnya, tahun 2011 ni banyak memberi kenangan.Antaranya, sudah tentulah ketika mengambil keputusan SPM.hahaha, no idea!


Tahun 2012 ni, aku masih sama kot.Masih di tempat yang sama.cuma mungkin umur sahaja yang meningkat.Dan sudah tentu cabaran juga semakin mencabar which is this year, we have to face with STPM.Struggle.Subjek yang paling aku risau setakat ini ialah Chemistry.Chemistry STPM tak macam SPM punya, ini lebih detail.Organic, Inorganic dan Physical.Apapun, aku berharap sangat yang kawan-kawan lain akan membantu terutamanya Chan.and i'm sure that she will help me.no.no.not just for me but for us.

Apa yang bakal kita lalui pada hari-hari mendatang, tempuhi sahaja dengan penuh semangat.Jangan jadikan kelemahan satu alasan yang sama sekali tidak munasabah.

p/s : Selamat Pengantin Baru buat sesiapa je yang kahwin hari ni.Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Selamat Hari Jadi buat sesiapa je yang lahir pada tarikh hari ini dan buat Darnah, "Selamat Hari Jadi yang ke-18"wish u all the best.





Saturday, December 24, 2011

oreo again









hallooo eberibadi!!!its about oreo cheese cake again.since my nephew request it more, so kitorang buat lagi.yummy.!!oreo cheese cake dah selamat dalam peti sejuk sekarang.Hanya menunggu waktu untuk dirasmikan.hehehe

kek yang kitorang buat petang tadi takde tambah fresh milk sebab takde beli.so, kitorang just on je lah.teruskan apa yang ada.whipping cream pula masih banyak berbaki.sayang tak guna within 3 days.cadang nak buat kek biasa dan letakkan whipping cream tu supaya cream tak membazir.But depends on situation lah.

senarai barang2;


butter



gula halus


gelatine yang dah dicampur air panas.


oreo : pisahkan creamnya


fresh milk , whipping cream
philadelphia cream cheese
gelatine

.
.
.
.
.
.
.

finally!!
oreo cheese cake

my nephew yang menikmati oreo cheese cake.



so basically, kita tak perlu bake kek ni.hanya simpan kat peti sejuk selama beberapa jam lebih kurang 4-5 jam ataupun semalamanlah better.tapi jangan letak kat tempat yang sejuk beku punya, nanti keras betullah pula kek tu.

Alhamdulillah, menjadi juga buat oreo cheese cake for the first time...


Friday, December 23, 2011

Wednesday, December 21, 2011

moga berjaya.

Assalamualaikum w.b.t

Esok hari khamis kan?22 Disember 2011.hah, sudah tentulah esok hari result PMR akan dikeluarkan.Yea, di saat ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga berjaya kat calon-calon PMR terutamanya anak saudara saya.Bila dah dapat result tu, kalau tak berjaya jangan khuatir sangat.Perjalanan anda masih jauh, masih banyak masa untuk perbaikinya.Manakala kalau dapat result yang gempak, syukur Alhamdulillah!teruskan usaha anda.

Kalau dah dapat result, tunjukkan kat parents korang.Tunjukkan dekat dorang yang korang dah berjaya.Atleast, satu per empat dalam kehidupan ni dah korang tempuhi.kongsikan kegembiraan bersama.

haitttt, short entry.daaa, gb!



Friday, December 2, 2011

pesan kawan.

'elow guys, we will face stpm in less than 1 YEAR.. for yr information, the pointer is calculated based on the top 4 subjects u take, so for those who take an extra subject like PSV n BM, do good in it to get a better pointer.. aim high in PA n the extra subject, try yr best to get at least C in the other 3 subjects, who knws with yr effort n hard work, u will do better n get B, then you will really get a GOOD pointer, nothing impossible.. there is 1 month left b4 school reopen, use this 1 month left wisely.. got play, got study also.. :D'



credit to chan!!

seriously, rasanya macam tak percaya je tahun depan dah menghadap STPM.rasa macam baru je terlepas dari exam SPM.tak.tak.kali ini tak boleh main-main.serius.

masalahnya, aku masih tak dapat fokus.well, cuti.fokus pun dah terlari dari apa yang dirancang.mungkin, orang tengok aku ni jenis yang belajar aje tapi hakikat sebenarnya aku bukan macam tu.hakikatnya, aku mula kelam kabut nak belajar bila nak dekat exam je.sehari sebelumnya gitu.

bila baca post kawan (Chan Lee Ting), baru ada timbul sedikit kesedaran tu.ya, sedikit bukan.masih tak cukup untuk membuatkan aku serta merta mengulangkaji.

Chemistry.Biology.etc....

dan terbaru, SV.SV ni tak pernah ambil sebelum ni.so, fikirkanlah budak sains tulen yang tak pernah ambil PSV tiba-tiba ambil SV sebagai subjek tambahan STPM.Look, its not easy, okay.asas-asas melukis manalah kitorang tau (adalah sikit kot) .kena survive sendirilah .

okay...the end

Tuesday, November 22, 2011

Terima kasih Harimau Muda!

assalamualaikum wbt....

as you know, tak perlu nak kata apa lagi!Tapi nak juga cakap.

"tahniah Harimau Muda."

cadangnya, semalam lagi nak update entri lepas habis tengok bola tu tapi disebabkan line internet yang sangat sangat sangat lambat, maka terpaksalah ditangguhkan.Huh, best betul tengok game semalam!Punyalah main berdebar-debar tengok. 

Tahniah buat semua pemain Harimau Muda.(again?)

sebenarnya aku bukanlah peminat setia bola sepak.Cuma semalam, sekali tengok perlawanan antara Malaysia ngan Indonesia, terus tak boleh lari lagi.Can't take my eyes from it.Tengok Merlin siri 4 pun tak jadi gara-gara nak habiskan tengok Harimau Muda.wonderful!Masa-masa yang mendebarkan sempat lagi tutup mata tak nak tengok.cuak!

masa tengok penalti tu lagilah.gol Malaysia masuk, hooray!tepuk-tepuk tangan..indon masuk, heshhhhhh!sebelum tu, ada scene yang tak boleh blah.Ferdinand punya pasallah.(tak sure nama)euwww.......................

Gunawan!sudah ku kata jampi serampah mu tak menjadi.buang air liur je.Buat penat mulut je terkumat kamit baca serampah ntah apa.Bonai lagilah, apa kehe dia pi pegang jaring gol?Nak pujuk gol supaya kasih masuk ataupun nak menjampi juga?whatever.

atlast, sian dekat pemain Malaysia.Disebabkan rakyat indon yang tak berperikemanusiaan, semua pemain ditahan.Sampai terpaksa naik baracuda(tak tau apa nama benda tu).Dah kalah, kalah lah.Nak dengki buat apa?Ada nampak pemain Malaysia mulut terkumat kamit baca jampi?takda kot.

Bandingkanlah.





tetiba adore ngan Badrol, Fakhri Saarani, Asra, dan Khairul.awesome!!!lepas ni nak tengoklah lagi.hehe.waiting for Olimpik punya.




Sunday, November 20, 2011

deactive fb

Assalamualaikum wbt

aku rasa macam nak deactive fb la pula.Macam dah bosan.No life at all.opss, aku bukan jenis orang yang suka  post status macam-macam kat fb.

'wah, rindunya kat dier'

'OMG!boringnya!apa nak buat ni?'

'gud nite.nak tido dah.'

fb aku boring sangat.aku tak suka sosial2 kat fb.hahahaha(apakah ayat?)Buka fb, godek-godek post orang then log out.5 minutes later, sign in balik fb.Watdahel?seriously, rasa macam fb takde kepentingan je dalam hidup aku.Sebab FB dah dijadikan diari kehidupan masing-masing membuatkan aku semakin muak.

Gosh!entri aku memang jarang ada yang berilmiah.hope you don't mind.this is my life and i am me!!!no others.

*sedang kerah idea nak taip apa..

oh ya...i've found some interesting blog.Gila sempoi ayat dia.gelak sorang-sorang aku kat dalam bilik baca entri.seriously, aku dah habis baca semua entri dia.NISA GAY.I'm GAY.gay disini tiak bermaksud homo tapi lebih kepada kegembiraan.jangan salah anggap ye.
berak!euwww.but itulah yang selalu jadi trademark dia.


p/s:gud night all.have a nice day.its 20.11.2011 today.


lets be happy you alls.


Thursday, November 17, 2011

new header


hai..........

new header again!!aha, taklah cantik sangat pun.nampak sangat tak smooth kena crop belon tu.Disebabkan aku rasa kosong sangat kat bahagian header tu maka aku buatlah yang baru.Yang lama tu dah buang.Old story.

Untuk header kali ini, tersangatlah simple sekali.cuma letak orang pegang belon and sepatah dua kata ' i am me!!'.okay, seriously header I memang tak smooth.antam sajalah.Dan kenapa kat tengah-tengah ar?itu disebabkan, cikgu saya cakap tengah-tengah itu sangat kuat.opsss, apa maksudnya?sebenarnya, bila sesuatu benda kat tengah-tengah, ia menunjukkan kekuatan imej tersebut.Thanks to my teacher, I dah gunakan unsur seni yang U ajar.hahahah

mungkin juga header ni hanya untuk sementara sahaja.nak kena buat betul-betul.Biarlah asalkan nda kosong bah header tu.


Wednesday, November 2, 2011

coming soon...........

do you realise that we are in november now?do you know what does it means?of course, you do realise that but ....................................









p/s:short entry...useless.

Sunday, October 30, 2011

a thousand of picture







tajuk entry tidaklah bermaksud bahawa saya akan meng'upload gambar sampai beribu riban tapi hanya beberapa sahaja kot.eh eh, silap!beberapa itu sedikit sahaja I guess?

untuk gambar-gambar kali ini saya menggunakan mode sepia
kebanyakannya.Suddenly, i felt in love with sepia.suka ngan warnanya.










i like this picture but ada angle yang tak kena.kalau tak, boleh diperbaiki lagi.






oh, ini kaum lundayeh kalau tak silap.




aloha..tak larat nak upload gambar banyak-banyak.Lama giler tunggu nak upload nokssss...takpe takpe hari lain ada, lain hari aku upload.so, just a few picture taken by me.some picture taken by my bro n sis.

aku rasa festival bagandang tahun ni tak berapa menyeronokkan.Hambar gitu.but, dua-dua hari aku pulun dengan berjalan-jalan.sampai naik lenguh dah kaki ni, nak turun tangga pun rasa macam nak cramp aje.oh ya, thanks to my brother coz bagi pinjam DSLR.so yeah, tak sabar nak ada DSLR sendiri tapi tapi tunggu kita dah kerja lah kot.Masa tu bolehlah melaram habis-habisab ngan kamera.Nak DSLR yang punya banyak lens.(adoyai, mengarut je)
sudah, jangan peduli hal di atas..



nota kaki : esok masih exam sebenarnya tapi tapi tau lah mood exam dah pun hilang tiba-tiba.semangat nak baca buku tu dah hilangdekditelanbumi.erkk, ada ke ayat macam tu.hiperbola sungguh.takpe takpe esok kerja kita lukis lukis je.buruk ke bida ke antam sajalah, cikgu tak kisah punya la.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, October 16, 2011

exam mode


halllo guys!!opsss, sorry.
Assalamualaikum....

btw, tomorrow is biology's exam.

arghh. belum study lagi ni.buat derk je.kata nak online kejap tapi ni dah berjam-jam.belum lagi ada mood nak study, buka buku kejap then tutup balik.

how come?

girls, time is not waiting for you!!get ready NOW.




okay, short entry from me again.

Saturday, October 15, 2011

sudah lama

assalammualaikum...

sudah lama tak jenguk blog ni, dah bersawang.
tak ber'update dengan cerita-cerita.
aku ingat blog ni tak dapat buka tapi sebenarnya masih boleh buka.

*Alhamdulillah...

oklah, sekarang ni exam mode sebenarnya tapi masih tak belajar-belajar lagi.malas dowh!
entri pendek sahaja..

p/s : tetiba rasa ayat macam skema sangat la pulak.kbai!

Tuesday, May 17, 2011

Naufal N Nureen 2nd Giveaway

hai22..nak join GA plak mlm2 ni.hehehe


tag dekat:
najibah
anis

nak join klik banner tu...

esok sekolah dah....


assalamualaikum semua.

hahaha, esok dah sekolah derrrr...am i ready???obviously, aku belum ready lagi nak sekolah balik, belum ada preparation lagi ni?so, apa akan aku buat esok?naa, jawapannya hanya menanti!ok, aku tak tau apa yang akan aku lalui esok tapi itulah, kita kena move on juga kan...
mungkinkah aku akan jadi budak skema yang amat sngat?Yang pakai cermin mata bulat?Yang sentiasa mengepit buku ke mana sahaja?Yang beri tumpuan 100 % dekat guru?lepak dekat library?apa lagi??

Macam ni ke???



wahhhh, jauh menyimpang....itu bukan aku.....

Kemarin hari guru kan, so disini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat guru-guru yang pernah mengajar aku tak kira kat mana korang berada.ucapan ikhlas yang teramat sangat dari anak muridmu ini.dah lambat ke aku buat wish ni?ek, takpelah suka hati akulah.


ok. cakap tentang form 6 ni!something nak beritahu lah, sebelum tu baca dialog dekat bawah ni...

-----------------------------------------------------------------------------------------

me and N tengah cari kasut hitam untuk form 6.tiba-tiba, sorang makcik ni cakap macam ni...

Makcik :cari kasut eh, nak?(sambil lalu depan kitorang)

maka, dengan sopan santunnya kami jawaplah ya..heheh

Makcik : masuk tingkatan enam ya.Berapa A kamu dapat?

LOL, buat apa nak tanya dapat berapa A?singkatnya fikiran mak cik tu.well, walaupun result aku taklah sebagus mana pun, N jawaplah pertanyaan makcik tu.

N : 5A je makcik.

nah, diam terus makcik tu.Ingat orang yang masuk tingkatan 6 ni low class ke?exam STPM ni lah yang paling hardest kat Mesia or somewhere lah.Apa nak judge orang ni?

---------------------------------------------------------------------------------------------

ok, kebanyakan dialog aku dah ubah sebab aku tak ingat apa yang dia cakap tempoh hari tersebut.the moral of the story, pandai-pandailah fikir sendiri ea..................

Monday, May 9, 2011

i've made my decision..yeay..

Assalamualaikum....

ok, aku dah fikir masak-masak nak masuk form 6 juga.Rezeki takde kat tempat lain.Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk belajar lagi.Daripada aku ambil diploma, yang mengambil masa terlalu lama dan juga kos yang terlalu tinggi, Aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik dengan memilih form 6.Malas sudah aku nak mohon balik UPU tu.so yeah, i've made my decision....

"yeah, i've to struggle in my STPM right now"

nah, itu azam aku sekarang.Learn from mistake.ye macamlah aku serius sangat.cite dulu-dulu pun sama juga tapi InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik.sebenarnya form 6 ni banyak faedahnya juga, selain apa yang aku nyatakan yang kat atas tu.contohnya, pelajar STPM lebih diberi keutamaan.ok, aku dah cari apa kelebihan form 6 kat internet.beside, bagi jurusan sains kalau dapat pointer 2.75 something dah di kira ok what dan dah boleh kalahkan matrik yang dapat pointer 3.2 - 3.4.lebih-lebih yang dapat 4 flat, of course MARA sayang sangat-sangat kat korang.ehe, ayat aku tiru dari internet.tak tau betul atau tak.tempoh pengajian singkat, tak sampai dua tahun pun.Adalah 1 tahun lebih kot.

so, doakan aku dapat kotakan azam aku tu ye...tak nak wish luck tapi nak minta doa korang...daa......

aku lupa something nak katakan, huarghhh nak kena bangun awal pagi lagi....terlalu awal, esok dah orientasinya.hari jumaat dah dapat jadual.my heart still pilih jurusan sains k..no other..

Wednesday, May 4, 2011

nak fonts yg cntik?

Assalamualaikum...


hai korang!nak fonts yg cantik2 tak?kalau nak, silalah klik ini.. ------> Dafonts ------> 1001 Free fonts kemudian...klik download

Dia akan keluar macam ni.

lihat seperti dalam gambar dan klik OK.


right klik dan klik OPEN CONTAINING FOLDER

dah dapat?ok then, kita teruskan.


klik gambar untuk tumbesaran... RIGHT CLICK dan klik EXTRACT HERE

then, dia kluar mcm ni...


ok, sila copy yang ada simbol T tu..

next,
buka CONTROL PANEL
Klik FONTS



LASTLY,
PASTEKAN fonts yg telah di'copy'




DONE...................

jom keluar!

Assalamualaikum

esok, aku n my sis nak pergi KK.Motif, saja-saja nak jalan-jalan.kitorang nak naik tren!!yeayyyyy!!!!ok, isnin lepas cuti pekerja bukan?so, kitorang satu family merancang pergi pantai.Destinasi pilihan sudah tentu Pantai Sawangan sebab tempat tu paling okay and dekat.

picture?sudah tentu ada, tapi time tu aku tak banyak ambil gambar so kebanyakan gambar tu kredit to my sis ANIS and NAJIBAH.so yeah, happy sangat sebab dah lama tak pergi pantai.tak tau dah berapa lama dah.

done...no idea ni..

Saturday, April 30, 2011

aku bukan aku

Assalamualaikum

aku rasa aku bukan macam dulu lagi tapi dalam dunia blogging le.Realiti tak lah juga, mungkin adalah juga sket2.Manusiakan?Mana mungkin tak berubah.hidup pun makin ke depan, kena tempuhi juga.suka tak suka, selagi kita masih hidup kita kena teruskan hidup ni jugakan.

Entri-entri baru yang aku buat sebelum ni langsung tak menggambarkan diri aku yang sebenar.Lihat sahaja entri sebelum ni, tahun 2009 dan juga 2010.semua tentang diri aku, keluarga, kawan dan apa sahaja yang aku suka.Mungkin masa tu, aku masih bersekolah, masih ada cerita menarik untuk dikongsikan, tak kisah follower banyak atau sikit, pasal nuffnang pun aku nda tau dan juga blogwalking ke blogger2 yang lain.Seriously, aku tak kisah sangat pasal tu that time.

Bahasa yang aku gunakan masa tu pun hentam keromo je.Yelah, siapalah nak baca blog aku masa tu.sekarang ni aku gunakan ayat yang mungkin mudah untuk difahami.(ceh, bajet mudah konon ).then, aku sorokkan kewujudan blog aku dari kawan-kawan yang lain sebab aku tak nak mereka baca blog aku.what the................................?Tak kisahlah.sekarang ni sibuk nak promote blog masing-masing.warghhhhhaaahaha, samalah macam aku ni.

Tiba-tiba, aku rasa nak guna ayat Sabah kat blog.nak lambangkan siapa aku, asal-usul mana.Macam perkataan 'nda', 'bah' ,ataupun yang seangkatan dengannya.tapi aku ni kadang-kadang, cakap je lebih tapi nak buat....HAREMMMMMM........tengoklah kalau aku rajin or teringat apa yang aku katakan ni.

Widget-widget blog aku dah buang ke parit tak lama dahulu.sebab aku faham tak de orang buka blog korang klu blog korang berat sangat.Adakan widget jam tu yang ada gambar kartoon tu, hah tu lah yang aku pi letak.kartun katak lagi tu.orang dah ada jam kat dekstop, buat apa nak letak jam lagikan.wah, masa tu aku betul-betul terpengaruh dengan segala benda widget.

Sekarang ni, aku dah tak kisah lagi tentang HEARTBEAT ataupun NUFFNANG.Kecewa derr tak dapat apa-apa ni.aku terlalu ikutkan nafsu masa tu.tengok orang banyak buat Nuff, aku pun joinlah sekaki.hahahahahahahah...ok, end of the word, aku tak tau nak merepek pasal apa lagi.takde kot orang nak baca blog aku ni.

p/s:dah lama aku tak buat entri panjang2.siap 6 perenggan lagi.otak dah berkarat sepanjang cuti, Alhamdulillah masih boleh mengarang BM.hahahahahahaha

p/s:klu sudi komen2 lah.joking je..........

Friday, April 29, 2011

Dana Pendidikan Karangkraf

Assalamualaikum w.b.t

Korang pasti dah tau kan tentang Dana Pendidikan Karangkraf ni.Tak tau?takpe, hari ni aku nak citer pasal biasiswa ni.Aku saja-saja nak cuba isi, yelah manatau tiba-tiba dapatkan.Ceh, perasan je lebih.Its okaylah sementara aku masih menunggu keputusan UPU ngan SPA8.Hai, terasa lama bebenor pula menunggu ni.

Best apa kalau dapat biasiswa ni, peluang pekerjaan mungkin dapat kat Karangkraf kot.Apapun, baca yang kat bawah ni.

* Pembiayaan yuran pengajian sepenuhnya? Peluang pekerjaan selepas tamat pengajian? Rebutlah peluang dan kelebihan yang diberikan bagi membantu meringankan beban yang dipikul.

Karangkraf bersedia membantu merealisasikan impian anda untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan juga Ijazah. Kami mengalu-alukan permohonan bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tnggi terpilih di bawah tajaan kami. Biasiswa Karangkraf ini akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakkan sahaja.

Kelayakkan Pemohon antaranya:

  • Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  • Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setara dengannya perlulah PNKG sekurang-kurangnya 3.0
  • Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  • Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.

Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih.

Kaedah Permohonan:

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui menu pilihan “Mohon Sekarang!” atau daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf (SDPK). Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah di hantar kepada:

Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3
Seksyen 15, Off Persiaran Selangor
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Nak mohon juga ke, OK sila KLIK SINI.

Monday, April 25, 2011

program 1komuniti


salam 1 Malaysia..
Hari sabtu lepas, kitorang pergi ke pekan.konon-konon ada program 1komuniti maybe.Aku pun tak tau apa namanya tu.so, it was hot..huh, panas gile time tu.Aku takde benda menarik nak diceritakan sebenarnya.hu.....

no idea..


Kraftangan hasil dari sabah


LOL...



yummy!!!gula-gula kapas




ketibaan Dato Lajim..i lari bila Dato nak bersalam-salaman dengan orang ramai..hehehe


berkompang.tak sempat nak rakam.



just candid..










nampak gambar kat atas tu?itulah pakaian-pakaian tradisi kaum kat Sabah.penuh dengan warna warni..gambar kurang jelas sebab guna zoom saja.

Sunday, April 24, 2011

Malware

Assalamualaikum...

baru-baru ni aku terkejut sangat tngok blog aku kena malware...cuak dowhh.
nasib baik dengan adanya kemudahan internet ni, aku dapat tau macam mana nak remove malware tu.tersentap sudah hati ni macam mana nak buat, sampai-sampai aku terfikir nak berhenti blogging sudah.

buka kat mozilla tak de apa-apa pula tapi sekali kat google chrome, aduyai...Malware.
Baru je check tadi kat google chrome, nasib baik dah takde.Trauma la pla nak letak favicon katak, icon kat bloglist dan juga background.So sekarang ni, blog aku dah kosong..Header pun aku dah buang.buat korang yang bakal-bakal terkena ancaman ni, aku nasihatkan janganlah letak widget banyak-banyak kat blog.lagi satu, lambat nak loading blog tu.

Sebenarnya aku dah check kat google webmaster tools, tapi en.google ni cakap takde plak malware kepebendanya tu.serius, masa tu tak tau nak buat apa-apa dah.so, sekarang ni aku nak balancekan blog aku balik.aku nak buat simple-simple je, tak nak lah ada icon-icon ni segala.cuak sekali lagi.Biarlah, blog aku tak comel.Yang penting blog aku selamat.muahahahaha...

ok, lastly but not least...Hari tu, aku ada cakap pasal nak panjat gunung Kinabalu kan.ok, aku jeles ngan mereka-mereka tu.warghhh, aku nak ikut juga tapi benda dah jadi, nak buek camno kan..

so, aku cilok gambar ni dari fb someone..jeles lagi ni..enjoy saja ni gambar..






UBK,SAYA ADA IMPIAN!ceh, jarang aku nak cakap macam tu.












SMKB....




Cigu Raffi...


sekian, akhir kata.Wassalamm..


one click for a moment..